Ramadhan tiba lagi.Bulan yang istimewa dan penghulu segala bulan ini hanya datang sekali dalam setahun. Setiap kali kemunculannya ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh umat Islam seluruhnya.
Malah, setiap umat Islam yang beriman, menantinya dengan penuh debaran dan harapan. Peluang untuk beribadah dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda pada bulan ini. Mereka tidak lepaskan dengan begitu saja. Mereka bagaikan ingin terus mendampingi Ramadan buat selama-lamanya.
Ramadan ialah bulan yang penuh keberkatan. Kedatangan bulan ini seharusnya meningkatkan semangat dan iltizam umat Islam untuk merebut segala keberkatan tersebut.
Justeru itu, kehadiran bulan mulia ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi malas bekerja.
Sesetengah individu melihat puasa sebagai kekangan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti atas alasan tiada tenaga kerana lapar dan dahaga. Persepsi ini sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketika berpuasa lah, kita sepatutnya lebih kuat bekerja kerana waktu makan selalunya mengganggu kerja. Soal tidak bertenaga atau tidak larat, tidak seharusnya timbul kerana umat Islam sudah digalakkan bangun bersahur.
Seharusnya ibadah puasa perlu dilihat sebagai motivasi untuk lebih berusaha dan berjaya.
Puasa sebenarnya adalah ‘madrasah’ bagi kita membentuk peribadi mulia dan unggul.

0 Responses to "RAMADHAN TIBA LAGI"
Post a Comment