e-filing LHDN

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:

Sila klik di sini untuk membuka laman sesawang e-filing : KLIK DI SINI

Program Guru Penyayang (Mengalu-alukan kedatangan murid)

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:


Sekalung Penghargaan

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:

Hari Keluarga Kelab Guru 2012

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:

Bayaran untuk setiap guru : RM 15
Pasangan : RM 30
Kanak-kanak bawah 5 tahun: FOC
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM 12

Guru Penyayang(Bahagian 2)

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
PENENTUAN TAHAP INDEKS PERSEPSI MURID (IPM) TERHADAP GURU PENYAYANG

1.            Pengukuran IPM akan menentukan perubahan persepsi murid terhadap sikap penyayang guru-guru mereka. Ia dilaksanakan menerusi instrumen soal selidik (15 item) yang dijawab murid mencakupi persoalan nilai Penyayang yang diamalkan guru. Interprestasi akan dibuat berdasarkan;

1.1         pernyataan persepsi menerusi skala Likert iaitu Sangat Tidak Setuju (1 mata), Tidak Setuju (2 mata), Setuju (3 mata) dan Sangat Setuju (4 mata);

1.2         di mana mata tersebut akan dijumlahkan dalam bentuk skor dan intepretasi piawaiannya adalah;

BIL.

SKOR

INDEKS PERSEPSI MURID
1

1 - 29

GURU TIDAK PENYAYANG
2

30 - 44

GURU KURANG PENYAYANG
3

45 - 60

GURU PENYAYANG













1.3         sementara pengukuran terhadap keseluruhan guru di sesebuah sekolah dalam menentukan peningkatan atau penurunan IPM adalah berdasarkan jumlah dan peratus murid yang membuat persepsi. Tafsirannya adalah sekiranya 80% hingga 100% jumlah murid (daripada responden) yang memberikan skor 45 hingga 60 mata, maka tahap GP di sekolah berkenaan tercapai.


BIL.

PERATUS JAWAPAN MURID (RESPONDEN) YANG BERI SKOR 45 – 60 MATA
TAHAP INDEKS PERSEPSI
GP SEKOLAH
1

1 – 49%

GURU TIDAK PENYAYANG
2

50 – 79%

GURU KURANG PENYAYANG
3

80 – 100%

GURU PENYAYANG


PENGKELASAN DAPATAN PERSEPSI

2.            Soal selidik ini mengandungi 15 item yang berfokus kepada pengamalan nilai 9P5K. Soalan-soalan berkenaan adalah merujuk kepada pengkelasan kuantitatif  berhubung  persepsi murid terhadap guru mereka.

ITEM
PERNYATAAN
PENGKELASAN PERSEPSI
1
Saya sering diberi perhatian oleh guru
Persepsi murid berhubung dengan guru sentiasa mengambil berat dan penyayang kepada mereka dengan cara yang menawan hati murid.

2

Saya sering dilayan dengan baik oleh guru

Persepsi murid bahawa guru menerima semua murid dengan hati yang terbuka tanpa prasangka.

3
Salam/sapaan saya sering dijawab oleh guru
Persepsi  murid terhadap guru yang mengamalkan  budaya hormat menghormati antara satu sama lain.

4
Saya selalu dipuji oleh guru
Persepsi murid bahawa guru mengiktiraf pencapaian mereka.

5
Saya sering disapa oleh guru
Persepsi murid mengenai kepekaan guru dan mengambil berat terhadap kesulitan, musibah dan permasalahan murid.
6
Pendapat saya sering didengar/diterima oleh guru
Persepsi murid tentang guru sentiasa berbaik sangka, bertolak ansur, mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan.

7
Kehadiran saya di sekolah dialu-alukan oleh guru
Persepsi murid tentang guru yang merasakan bahawa kehadiran mereka di sekolah adalah penting dan dihargai.

8
Saya sering menerima ucapan sempena hari perayaan yang saya raikan.
Pandangan murid bahawa guru mengenepikan perasaan ethnocentric dalam kalangan warga sekolah

9
Saya sering dilayan seperti anak sendiri
Persepsi  murid bahawa semua warga sekolah adalah bersaudara.

10
Saya sering menerima ucapan hari lahir daripada guru
Persepsi murid bahawa guru mengingati dan menghargai kelahiran dan kewujudan mereka

11
Saya selalu menerima senyuman daripada guru
Persepsi murid berhubung guru yang mudah didampingi dan diterima

12
Kejayaan saya sering dihargai oleh guru
Persepsi murid bahawa kejayaan mereka adalah kejayaan sekolah

13
Saya suka cara guru mengajar
Persepsi murid mengenai guru sentiasa gembira dan senang hati semasa berada di kelas/sekolah.

14
Guru saya sentiasa sabar melayan tingkah laku / kerenah murid.
Persepsi murid berhubung guru yang memiliki daya ketahanan yang tinggi dan tabah melayan karenah murid


15
Saya sangat seronok semasa berada di sekolah
Persepsi murid mengenai guru sentiasa bersikap positif dan tidak menakutkan semasa berada di sekolah

Guru Penyayang

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:

TUJUAN

1.   Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

 KONSEP

2.            Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

3.            Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa.

4.    Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.


OBJEKTIF

5.            Objektif Guru Penyayang;

5.1         Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

5.2         Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

5.3         Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

5.4     Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

AKTIVITI

6.           Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;

6.1         Mengalu-alukan kehadiran murid
6.2         Pelaksanaan Program Mentor Mentee
6.3         Memberi penghargaan kepada murid

Mesyuarat PIBG kali ke 10

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:




AJK PIBG yang baru,sesi 2012-2013

Hari Keluarga 2012

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:

Merentas Desa

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Guru-guru SMKRS sentiasa ceria

Jaga check point

Naik basikal pun,naik basikal lah,yg penting,merentas desa berjalan lancar.

Keselamatan diutamakan,pakai helmet beb

Cikgu Fairuz dgn basikal pinjamnya

Sekali pandang macam merempit,tapi sebenarnya jadi hakim ronda ni


Cikgu Zaidin,"orang kuat" dalam sukan SMKRS

En Ahmad dgn gaya manchonya

Sambutan Maulidur Rasul

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:



Latihan Kebakaran dan Demo Memadam Kebakaran

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:






Salam takziah

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Salam takziah buat keluarga Puan Khalijah bt. Abdol Majit, Penolong Kanan Kokurikulum SMKRS atas pemergian puteri kesayangan Aliya Syakirin bt. Ahamad Shaker yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 2 Februari 2012. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...