RAMADHAN TIBA LAGI

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Ramadhan tiba lagi.Bulan yang istimewa dan penghulu segala bulan ini hanya datang sekali dalam setahun. Setiap kali kemunculannya ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh umat Islam seluruhnya.

Malah, setiap umat Islam yang beriman, menantinya dengan penuh debaran dan harapan. Peluang untuk beribadah dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda pada bulan ini. Mereka tidak lepaskan dengan begitu saja. Mereka bagaikan ingin terus mendampingi Ramadan buat selama-lamanya.

Ramadan ialah bulan yang penuh keberkatan. Kedatangan bulan ini seharusnya meningkatkan semangat dan iltizam umat Islam untuk merebut segala keberkatan tersebut.
Justeru itu, kehadiran bulan mulia ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi malas bekerja.
Sesetengah individu melihat puasa sebagai kekangan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti atas alasan tiada tenaga kerana lapar dan dahaga. Persepsi ini sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika berpuasa lah, kita sepatutnya lebih kuat bekerja kerana waktu makan selalunya mengganggu kerja. Soal tidak bertenaga atau tidak larat, tidak seharusnya timbul kerana umat Islam sudah digalakkan bangun bersahur.
Seharusnya ibadah puasa perlu dilihat sebagai motivasi untuk lebih berusaha dan berjaya.
Puasa sebenarnya adalah ‘madrasah’ bagi kita membentuk peribadi mulia dan unggul.

MAJLIS SERAH TUGAS PK HEM YANG BARU

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Simbolik penyerahan tugas

PK Hem menyampaikan ucapan pertamanya.

MAJLIS PERPISAHAN EN SYARIFUDDIN(PK HEM)

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
En Sharufuddin menyampaikan ucapan



Pengerusi Kelab Guru menyampaikan cenderahati dari guru-guru kpd En Syarifuddin

Simbolik penyerahan tugas







TAKZIAH

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Guru-guru SMK Rapat Setia mengucapkan takziah kepada keluarga Pn Hamsiah(bekas guru SMKRS) yang telah kembali ke rahmatullah pada 18.07.2011. Semoga rohnya dilimpahi rahmat Ilahi dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.Amin

HARI JADI GURU

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Kek istimewa yang disumbangkan oleh Pn Pengetua


PK Pentadbiran menerima hadiah harijadi


Guru-guru dan staf yang menyambut hari jadi bergambar bersama

KEM BADAN BERUNIFORM 2011 (15-17 JULAI)

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
























IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:

*Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
*Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
*Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
*Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
*Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
*Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
*Berpegang teguh kepada ajaran agama.

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SMKRS

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Para peserta bersemangat untuk memulakan larian


Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengerusi Kelab Guru yang berjaya 'mendahului' larian


Ust Ibrahim dan Mr Praim


Surat khabar lamaaaa...





Pn Pengetua pun ikut serta Larian 1M 1S





Wajah ceria guru-guru lelaki SMKRS


Kenangan sempena Larian 1M 1S 1Malaysia

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
SERAMAI 4.1 juta pelajar dari 9,980 buah sekolah menengah dan rendah menyertai larian serentak 1Murid, 1 Sukan, 1Malaysia di seluruh negara semalam. Ia sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar. Larian sempena majlis pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan itu pada peringkat kebangsaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran di Padang Dataran Perbandaran Taiping, di Perak pagi semalam.
Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia dan 15 buah Kolej Matrikulasi di seluruh negara. Penyertaan 4,137,126 peserta itu dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian terbesar dan diisytiharkan sebagai rekod baharu oleh Pegawai Penyelidik MBR, Diana Paul bagi kategori larian serentak di Malaysia. Sebelum ini, larian serentak terbesar yang direkodkan MBR ialah larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000 dengan penyertaan seramai 2.3 juta peserta.
Sumber:Kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...