LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
SERAMAI 4.1 juta pelajar dari 9,980 buah sekolah menengah dan rendah menyertai larian serentak 1Murid, 1 Sukan, 1Malaysia di seluruh negara semalam. Ia sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar. Larian sempena majlis pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan itu pada peringkat kebangsaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran di Padang Dataran Perbandaran Taiping, di Perak pagi semalam.
Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia dan 15 buah Kolej Matrikulasi di seluruh negara. Penyertaan 4,137,126 peserta itu dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian terbesar dan diisytiharkan sebagai rekod baharu oleh Pegawai Penyelidik MBR, Diana Paul bagi kategori larian serentak di Malaysia. Sebelum ini, larian serentak terbesar yang direkodkan MBR ialah larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000 dengan penyertaan seramai 2.3 juta peserta.
Sumber:Kosmo

1 Response to "LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA"

SelagiAdaGula Says :
July 12, 2011 at 12:27 AM

Semua warga SMK Rapat Setia, Ipoh akan menyertainya.....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...