Program Guru Penyayang (Mengalu-alukan kedatangan murid)
Author: Kelab Guru SMKRS // Category: PeristiwaPasangan : RM 30
Kanak-kanak bawah 5 tahun: FOC
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM 12
PENENTUAN TAHAP INDEKS PERSEPSI MURID (IPM) TERHADAP GURU PENYAYANG
1. Pengukuran IPM akan menentukan perubahan persepsi murid terhadap sikap penyayang guru-guru mereka. Ia dilaksanakan menerusi instrumen soal selidik (15 item) yang dijawab murid mencakupi persoalan nilai Penyayang yang diamalkan guru. Interprestasi akan dibuat berdasarkan;
1.1 pernyataan persepsi menerusi skala Likert iaitu Sangat Tidak Setuju (1 mata), Tidak Setuju (2 mata), Setuju (3 mata) dan Sangat Setuju (4 mata);
1.2 di mana mata tersebut akan dijumlahkan dalam bentuk skor dan intepretasi piawaiannya adalah;
BIL. | SKOR | INDEKS PERSEPSI MURID |
1 | 1 - 29 | GURU TIDAK PENYAYANG |
2 | 30 - 44 | GURU KURANG PENYAYANG |
3 | 45 - 60 | GURU PENYAYANG |
1.3 sementara pengukuran terhadap keseluruhan guru di sesebuah sekolah dalam menentukan peningkatan atau penurunan IPM adalah berdasarkan jumlah dan peratus murid yang membuat persepsi. Tafsirannya adalah sekiranya 80% hingga 100% jumlah murid (daripada responden) yang memberikan skor 45 hingga 60 mata, maka tahap GP di sekolah berkenaan tercapai.
BIL. | PERATUS JAWAPAN MURID (RESPONDEN) YANG BERI SKOR 45 – 60 MATA | TAHAP INDEKS PERSEPSI GP SEKOLAH |
1 | 1 – 49% | GURU TIDAK PENYAYANG |
2 | 50 – 79% | GURU KURANG PENYAYANG |
3 | 80 – 100% | GURU PENYAYANG |
PENGKELASAN DAPATAN PERSEPSI
2. Soal selidik ini mengandungi 15 item yang berfokus kepada pengamalan nilai 9P5K. Soalan-soalan berkenaan adalah merujuk kepada pengkelasan kuantitatif berhubung persepsi murid terhadap guru mereka.
ITEM | PERNYATAAN | PENGKELASAN PERSEPSI |
1 | Saya sering diberi perhatian oleh guru | Persepsi murid berhubung dengan guru sentiasa mengambil berat dan penyayang kepada mereka dengan cara yang menawan hati murid. |
2 | Saya sering dilayan dengan baik oleh guru | Persepsi murid bahawa guru menerima semua murid dengan hati yang terbuka tanpa prasangka. |
3 | Salam/sapaan saya sering dijawab oleh guru | Persepsi murid terhadap guru yang mengamalkan budaya hormat menghormati antara satu sama lain. |
4 | Saya selalu dipuji oleh guru | Persepsi murid bahawa guru mengiktiraf pencapaian mereka. |
5 | Saya sering disapa oleh guru | Persepsi murid mengenai kepekaan guru dan mengambil berat terhadap kesulitan, musibah dan permasalahan murid. |
6 | Pendapat saya sering didengar/diterima oleh guru | Persepsi murid tentang guru sentiasa berbaik sangka, bertolak ansur, mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan. |
7 | Kehadiran saya di sekolah dialu-alukan oleh guru | Persepsi murid tentang guru yang merasakan bahawa kehadiran mereka di sekolah adalah penting dan dihargai. |
8 | Saya sering menerima ucapan sempena hari perayaan yang saya raikan. | Pandangan murid bahawa guru mengenepikan perasaan ethnocentric dalam kalangan warga sekolah |
9 | Saya sering dilayan seperti anak sendiri | Persepsi murid bahawa semua warga sekolah adalah bersaudara. |
10 | Saya sering menerima ucapan hari lahir daripada guru | Persepsi murid bahawa guru mengingati dan menghargai kelahiran dan kewujudan mereka |
11 | Saya selalu menerima senyuman daripada guru | Persepsi murid berhubung guru yang mudah didampingi dan diterima |
12 | Kejayaan saya sering dihargai oleh guru | Persepsi murid bahawa kejayaan mereka adalah kejayaan sekolah |
13 | Saya suka cara guru mengajar | Persepsi murid mengenai guru sentiasa gembira dan senang hati semasa berada di kelas/sekolah. |
14 | Guru saya sentiasa sabar melayan tingkah laku / kerenah murid. | Persepsi murid berhubung guru yang memiliki daya ketahanan yang tinggi dan tabah melayan karenah murid |
15 | Saya sangat seronok semasa berada di sekolah | Persepsi murid mengenai guru sentiasa bersikap positif dan tidak menakutkan semasa berada di sekolah |
TUJUAN
1. Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
2. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
3. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
4. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF
5. Objektif Guru Penyayang;
5.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
5.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
5.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
AKTIVITI
6. Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
6.1 Mengalu-alukan kehadiran murid
6.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
6.3 Memberi penghargaan kepada murid
Mesyuarat PIBG kali ke 10
Author: Kelab Guru SMKRS // Category:Salam takziah
Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Salam takziah buat keluarga Puan Khalijah bt. Abdol Majit, Penolong Kanan Kokurikulum SMKRS atas pemergian puteri kesayangan Aliya Syakirin bt. Ahamad Shaker yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 2 Februari 2012. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.