Marilah berkorban

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
 Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda (Maksudnya): “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)
 Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: (Maksudnya): “Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)”.
******************************************************************************
Kelab Guru dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam akan menganjurkan ibadat Qurban di sekolah kita...siapa yang berminat,bolehlah mendaftarkan diri kepada Ustaz Md Saufi atau Us Mohamad Razi....satu bahagian hanya RM400 (termasuk kos untuk jamuan...jamuan akan diadakan di sekolah untuk guru-guru dan staff)


 Masih ada satu(1) kekosongan...cepatttt...sebelum terlambat

0 Responses to "Marilah berkorban"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...