Negara perlukan guru berkualiti

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri berkata, cabaran yang digalas oleh guru sekarang jauh lebih berat dan secara realiti, masyarakat kini memerlukan guru yang berkualiti tinggi daripada sudut keilmuan, sahsiah diri serta berintegriti dan beriltizam.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi mencapai tahap itu, golongan guru perlu peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan berusaha meningkatkan serta menyesuaikan diri dengan perubahan semasa serta persekitaran.
“Masyarakat sekarang memerlukan seorang guru yang mampu berfikir secara kritis, menulis secara persuasif, berfikir dan memberi pendapat secara logik serta mengatasi masalah rencam yang dihadapi oleh murid- murid pada masa ini,” katanya ketika berucap pada istiadat Konvokesyen Berpusat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.
Sumber:Kosmo

0 Responses to "Negara perlukan guru berkualiti"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...