TAZKIRAH SEMPENA HARI RAYA DAN DUIT RAYA

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Ustaz Razi menyampaikan tazkirah Hari Raya

Pn Pengetua mengagihkan duit raya

Pn Pengetua mengagihkan duit raya

Pk Pentadbiran dan PK Hem turut serta dalam mengagihkan duit raya

MAJLIS BERBUKA PUASA

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Program tahunan anjuran Panitia Pendidikan Islam SMKRS ini telah diadakan pada 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H. Program yang bermula dengan majlis berbuka puasa diteruskan dengan solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah sebelum diadakan solat sunat Tarawih yang diimamkan oleh Tn. Hj. Mohamad Saufi b. Ismail.


YDP PIBG dan ibu bapa hadir sama memeriahkan majlis berbuka puasa

Pengetua dan sebahagian guru-guru wanita yang hadir

Guru-guru lelaki pun tak ketinggalan dlm majlis ini





PELANCARAN SAMBUTAN BULAN PATRIOTIK

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Majlis pelancaran telah diadakan pada 15 Ogos 2011 bertempat di Dataran Setia SMKRS dan telah dirasmikan oleh Yg. Berbhg. Dato’ Hj. Azumu b. Hj. Tak. Turut hadir bersama-sama dalam majlis ini adalah Yg. Berbhg. Dato’ Dawa b. Abdullah selaku YDP PIBG SMKRS dan Tn. Hj. Abdul Rahim b. Mohd. Nor selaku Timbalan YDP PIBG SMKRS.


Pn Pengetua melihat burung yang bakal dilepaskan sbg simbolik kebebasan

Cederahati kepada Dato’ Hj. Azumu b. Hj. Tak

Pn Hasni bersama dua orang pelajar menyampaikan sajak kemerdekaan





Kuasa guru disiplin pelajar (rencana dr Harian Metro)

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
BEZA ‘budak sekolah’ dulu dengan ‘budak sekolah’ sekarang begitu ketara di mana pelajar zaman dulu, apabila dirotan hingga lebam di tapak tangan atau di punggung kerana tidak membuat kerja sekolah yang guru berikan adalah perkara biasa.
Mereka tidak akan mengadu kepada sesiapa pun lebih-lebih lagi kepada ibu bapa kerana jika mereka tahu, akan bertambah lebam kena rotan. 
Pelajar sekarang terlalu manja. Jika dijentik sedikit atau dicubit oleh guru yang ada bekas lebam saja, mulalah ibu bapa datang ke sekolah mengadu kepada guru besar.

Tidak cukup dengan itu, mereka akan buat laporan polis dan memanggil pemberita untuk kejadian disiarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika inilah sikap kebanyakan ibu bapa yang kerjanya suka mengadu hingga ke peringkat Kementerian Pelajaran hanya kerana denda cubit atau ketuk ketampi, bererti kuasa guru untuk mendidik dan mendisiplinkan pelajarnya menjadi terhad.
Tindakan ibu bapa murid manja ini akan mematahkan semangat guru untuk mengajar adat dan adab ketika belajar dan berikutan itu, ada antara guru kini membiarkan saja murid nakal dan tidak berdisiplin itu. 

Maka lahirlah murid tidak lagi menghormati guru kerana kini di belakang pelajar ada ibu bapa yang sanggup ‘menyerang’ sesiapa saja yang cuba ‘mencubit’ anak mereka. 

Ibu bapa perlu lebih rasional kerana tiada guru yang merotan hingga patah tangan atau patah riuk tulang muridnya kerana segala yang dilakukan itu hanya sebagai pengajaran yang menunjukkan keprihatinan guru yang sayangkan muridnya supaya jadi manusia berguna. 


SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban

MAJLIS BACAAN YAA SIN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Ustaz Saufi memimpin bacaan yaa sin



Pelajar dan guru-guru khusyuk membaca yaa sin



Agihan air bacaan yaa sin

RENUNGAN

Author: Kelab Guru SMKRS // Category:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...